Doctor of Veterinary Medicine, DVM
Untuk
menjadi seorang Vet, ada tiga fasa yang perlu ditempuh sepanjang lima tahun
pengajian. Fasa pertama ialah pre-clinical year, kedua para-clinical dan akhir
sekali clinical year.
Setiap stage kita perlu pass. Akan
ada satu exam yang lebih dikenali sebagai comprehensive examination dimana ia
akan menggabungkan segala apa-apa yang kita pelajari daripada kita first year
lagi. Serammmmm!!! Yang penting usaha, doa dan tawakal.
Semester 1 DVM
Doctor of
Veterinary Medicine, DVM ialah singkatan bagi para penuntut program veterinary.
Jika berada di tahun pertama akan dipanggil DVM1 dan seterusnya sehinggalah
DVM5. Bagi mengenali batch pula contohnya DVM19 bermaksud batch itu akan bergraduate
pada tahun 2019. Ketika berada di semester 1, anda akan berasa seolah-olah
tidak berada di dalam kos veterinary. Hahahha pelik pulak bunyinya kan. Hal ini
kerana ketika di sem 1, kita baru sahaja diperkenalkan dengan kos ini jadi
kenalah slow-slow. Subjek yang kita belajar pon tidaklah menjurus terus kearah profesion
kedoktoran.
Waktu semester satu inilah banyak
perkara kena buat. Tak sudah dengan aktiviti kolej, aktiviti fakulti, aktiviti
universiti pon bukan main banyaknya.
Nanti saya cerita satu-satu okey.
Subjek Semester 1
Ketika
berada di semester pertama, subjek yang kami pelajari ialah Introduction to Veterinary, Biochemistry,
Animal Agriculture, Tamadun Islam dan Asia, Hubungan Etnik, Lax, Management
dan juga Cell. Okey sekarang saya akan
cerita satu-satu tentang subjek-subjek ini. Introduction to Veterinary Medicine
ialah subjek yang banyak projek dan presentation. kos ini akan memperkenalkan
kepada kita akan apakah itu Vet?, bidang yang boleh seorang Vet ceburi. Untuk
pengetahuan Veterinar ini bukan sahaja satu bidang untuk menyelamat dan
menyembuh haiwan sahaja tetapi very diverse. Seorang Vet boleh menyumbang
kepada kesihatan manusia kerana apa? Manusia makan haiwan dan haiwan perlu
dijaga sebaiknya. Selain itu, jika anda ingin tahu Vet bukannya hanya duduk di
klinik tetapi di merata-rata tempat. Di Halal Hub, Vet diperlukan untuk
menjamin kesihatan dan kebersihan haiwan, di kawasan pengimportan haiwan, di
kawasan-kawasan ladang, khidmat nasihat Vet memang sangat diperlukan. Maka tidak
salah jika anda memilih Vet kerana demand memang sangat tinggi. Tetapi ingat
belajar kerana nak cari ilmu kerana Allah dan kerana minat kita itu tau. Kita
akan belajar mengenai agensi-agensi yang terlibat dengan Veterinar, mengenali
pelbagai jenis haiwan daripada pelbagai kategori contoh large ruminant, small
ruminant, avian, small animal, wildlife, poultry dan banyak lagi.
Biochemistry pula ialah subjek
dimana gabungan antara biology dan chemistry macam namanya la kan. Dalam subjek
ini, banyak cycle, reaction semua kena faham dan hafal. Banyak juga assignment
bagi subjek ini. Soalan pon tak direct. Nasihat saya hati-hatilah dengan subjek
ini. Hal ini kerana biochem ini berkait dengan subjek Nutrition yang akan
diambil time semester 2. Jika anda gagal subjek ini, maka sem 2 nanti tak boleh
nak ambil Nutrition dan kena repeat dengan junior-junior kita nanti.
Rajin-rajinkanlah buat nota, tengok video. Honestly, saya pon struggle dengan
subjek ini. Alhamdulillah Allah permudahkan. Atas tu contoh video untuk mudahkan untuk faham. Dekat Youtube banyak.
Next is Animal Agriculture. This is
the killer subject yo! Please watch out. I repeat please watch out. Subject ni
nampak simple but very tricky. Lecturer memang strict sebab itulah susah tau
nak score. Kalau tanye senior mesti diorang akan cakap kalau lulus pon dah
bersyukur tau. Nak score paper pon agak susah dan markah akan senang-senang
kena tolak kalau buat hal. Bukan sikit tau lecturer tolak. Jangan main-main.
Seorang buat salah, satu batch kena tolak markah. Boleh nangis weyyy. Dalam subjek
ini, kita akan belajar tentang breed haiwan, , nama saintific, tentang nama
grass pasture, hafal nama scientific semua. Subjek ni jadi stress sebab susah
nak jaga markah.
Sekarang kita akan beralih kepada
subjek universiti pula. Apakah itu subjek universiti? Subjek universiti ialah
subjek yang wajib diambil oleh mahasiswa dan mahasiswa universiti tanpa mengira
kos. Maknanya satu u ambil subjek-subjek ini dan waktu final exam kita akan
jawab paper dengan budak-budak kos lain dekat main campus sama ada di Dewan
Besar, KAA atau KAE. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik
merupakan dua subjek universiti yang perlu diambil ketika sem 1 ini. Ada lagi
satu iaitu Kenegaraan yang perlu diambil ketika semester 2. Subjek ini
merupakan bonus bagi kita tetapi kalau main-main jangan mimpilah nak score.
Still kena serius jugak tau. Subjek –subjek ini seperti kita belajar sejarah
dan sivik.
click openlearning.com - Nota dan video boleh didapati di sini
Lax. Apakah itu lax? Lax ialah satu
komponen yang perlu pelajar Vet lengkapkan. Universiti menggunakan sistem
kredit. Bagi DVM ini, keseluruhan kredit yang perlu diambil ialah sebanyak 189
kredit sepanjang 10 semester. Banyak tu. Semester 1 kredit yang perlu diambil
ialah sebanyak 16 kredit. Tidaklah terlalu banyak. Berbalik kepada Lax ini pula
ianya dikira sebagai points pula. Kami perlu melengkapkan sebanyak 36 points
Lax dan semester 1 kami telah melengkapkan sebanyak 6 points. Lax ialah
perbincangan di dalam kumpulan di mana setiap kumpulan diberikan tajuk yang
sama dan perlu dibincangkan dan dirakam. Hasil video perlulah dihantar dan
report juga perlulah dibuat dan dihantar. Setiap tugasan diberi masa selama
seminggu. Ketika sem 1, Lax dijalankan bersama-sama subjek biochemistry. Dengan
itu, topic-topik yang dibincangkan juga berkaitan subjek tersebut. Banyak
rujukan perlu dibuat kerana ianya tidak diajar didalam lecture.
“Ingat bila dah masuk universiti dah
tidak ada subjek Bahasa.” Jika anda ada berfikiran seperti itu, maaf anda
salah. Subjek English ini akan anda jumpa sehinggalah anda graduate nanti. Tanpa
mengira band apa yang anda peroleh ketika MUET, anda tidak akan pernah
terkecuali untuk mengambil subjek English. Untuk memasuki kos Veterinar minimum
ialah band 3. Bagi semester ini, mereka yang memperoleh band 5 dan 6 beruntung
sikit kerana tiada subjek English bagi sem ini. Bagi mereka yang memperoleh
band 3 dan 4 perlu mengambil Cell. Ia merupakan subjek English. Subjek ini
tiada exam dan akan dinilai oleh lecturer. Assignments setiap minggu itu yang
banyak. Tapi bagus juga kerana dengan itu, mahasiwa dan mahasiswi akan dapat
meningkatkan kemahiran menulis dan berbahasa English.
Akhir sekali bagi subjek ketika
semester satu ini ialah Management. Subjek ini perlu banyak faham dan hafal.
Kenapa subjek ini perlu ada? Saya pon dahulu bertanya akan perkara ini.
Veterinary bukan semata-mata perubatan sahaja tetapi ia juga satu perniagaan.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, Veterinar ini memang sangat luas.
Seorang Vet boleh menjadi seorang doctor, penasihat, pengembala, peladang,
businessman dan banyak lagi. This subject teach us the knowledge that we can
apply in future. Fokus setiap kali dalam lecture sebab selalu lecture note
tidak lengkap. Tapi ini tidak bermaksud lecture notes subject lain lengkap ye.
Of course not. Hahahaha semua tidaklah terlalu lengkap. Serious talk.!
Eh hampir terlupa pula. Ada lagi
satu subjek kokorikulum yang perlu diambil ketika semester 1 ini. Yang ini kita
boleh pilih ikut suka hati kita. Pilihlah yang anda suka sama ada nak taekwando
ke, bersilat ke, mencanting batik ke, berbasikal kea tau apa-apa sahaja. Kelas
pulak hari Sabtu. Hurmmm…memang semester satu jangan harap nak rehat la ye
sebab maybe Ahad esok tu pulak kena join event lain pulak. Hahahh..
Lepas dah baca mesti rasa macam mana
Vetnya??? Hhaahah…sabar ni baru first semester. Baru nak berjinak dengan kos ni
sebab tu la fakulti susun jadual yang ringan dulu. Lagi satu semua kita akan
belajar fully English. Alhamdulillah pada zaman saya memang daripada dahulu
syllabus in English maka taklah shock kerana tak perlu nak convert perkataan
saintifik daripada bm ke bi. Kesian juga apabila dengar rungutan adik-adik yang
perlu membiasakan diri dengan term-term Bahasa inggeris apabila telah
melanjutkan pelajaran ke universiti.
thanks sgt,saya dh lama cari pasal vet.Sbb saya nak tahu subjek ape yg saya akan belajar klau saya ambik vet.And klau boleh continue lah citer nye hehe.Syok baca🤗✨
ReplyDelete