VetStory.com
Assalammualaikum
dan selamat sejahtera saya dahulukan kepada semua pembaca. Sebelum itu saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada siapa-siapa yang sudi membaca cerita saya
ini. Doktor Perubatan Veterinar merupakan pilihan pertama saya sejak mengisi
borang bagi melanjutkan pelajaran selepas SPM. Kenapa Vet??? Ermmm… Sebenarnya
saya juga tidak tahu kos apa yang saya ingin ambil. Saya ini jenis yang susah
buat pilihan. Kebanyakan decisions saya banyak ambil pandangan daripada orang-orang sekeliling.
Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana saya akan mencampurkan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga bahasa pasar sebab tak nak la baku sangat
nanti jadi tak menarik pulak story yang saya nak share ni kan. Saya juga ingin
memohon maaf kerana saya mungkin tidak dapat nak share gambar-gambar kerana
nanti terbongkar pula identiti saya. Saya ingin kekal sebagai anonymous yang
berkongsi cerita. Saya sambung semula cerita saya. Saya sendiri tidak
mengetahui ke mana saya nak pergi sebab saya rasa nak jadi seorang doktor dan
saya juga rasa nak jadi seorang engineer. Hurmmmmm…. Pening!
Nak ambil kos ape ni!!???
Akhirnya, saya bertanyakan kepada kawan-kawan saya. Mereka
pon cakap “apa kata kau amik Vet. Kau kan suka haiwan”. Oh yeke hahaha. Saya
sendiri pon tidak mengetahui bahawa saya ini sangat suka kepada haiwan. Saya
terus isi Doktor Perubatan Veterinar sebagai pilihan pertama saya.
Alhamdulillah saya ditawarkan ke Asasi Sains Pertanian, UPM. Untuk pengetahuan,
kos Veterinar ini hanya ditawarkan di dua tempat sahaja di Malaysia iaitu di
Universiti Putra Malaysia, UPM dan juga Universiti Malaysia Kelantan, UMK.
Jadi, ini merupakan satu peluang keemasan kepada diri saya. Ermmmm…mesti para
pembaca tertanya-tanya kenapa saya tidak mahu sambung Medec? Ada sebab kenapa
dan sebabnya saya tidak boleh nak share disini kerana akan mendedahkan siapa
saya si penulis cerita ini. Saya ingin terus kekal sebagai anonymous hihihi.
ASPER dan pertanian??
Perjalanan hidup saya seperti rakan-rakan
asasi yang lain. Kami dikenali sebagai ASPER students which is Asasi Sains
Pertanian. Alang-alang dah cakap tentang ASPER, saya rasa ingin bercerita
sedikit tentang ASPER ini. Ramai di luar sana tidak mengetahui tentang apa itu
ASPER. Disebabkan namanya Asasi Sains Pertanian, kebanyakan netizen menganggap
pelajar-pelajar yang masuk asasi ini nanti akan menjadi petani. Tidak benar
sama sekali. ASPER ini ialah seperti asasi lain seperti PASUM, Asasi Dengkil,
Asasi UKM dan lain-lain. Selepas tamat ASPER, pelbagai bidang boleh diceburi
seperti medec, engineer, akauntan, makanan, business, law, nursing dan banyak
lagi. Kalau nak tahu lagi bolehla pergi usha website kos yang ditawarkan di UPM.
Memang sangat banyak. Tinggal pilih sahaja. Point disini cuma nak sampaikan please change
your mindset sebab perkataan “pertanian” tu. ASPER ini belajar sama seperti
asasi lain tetapi advance sikit sebab ada subjek pertanian and ada amali
pertanian. Time ini la siapa-siapa yang tak pernah pegang cangkul, main dengan
haiwan seperti lembu, kambing tu dapat buat semua itu. Sebab apa ada extra
subjek pertanian? Sebab dulu UPM ialah Universiti Pertanian Malaysia tetapi
kini telah ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia. Bagi mengekalkan identiti
sebab itulah ASPER ada subjek pertanian. Dan untuk pengetahuan semua, UPM
merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia dan merupakan university
pertanian nombor 1 di Malaysia. UPM juga merupakan salah satu Research
University di Malaysia. Oleh itu, jangan
pernah menyesal untuk memilih UPM sebagai pilihan. Menjadi satu kebanggaan apabila
graduate nanti kamu akan berbeza dengan rakan-rakan kamu yang lain. Contohnya,
tidak kiralah kamu graduate dalam kos apa-apa sekalipun kamu akan mempunyai
nilai tambah. Kamu akan ada ilmu pertanian yang tidak semua doctor, engineer,
akauntan, business person ada di luar sana. Eh! Sedar tidak sedar rupa-rupanya
banyak juga saya membebel tentang ASPER ini haha. Maaf ye semua.
Bermulanya impian….
Sekarang kita sambung semula cerita. Ketika ASPER,
saya tidak banyak bermain-main dan fokus lebih-lebih lagi target saya ialah
Veterinar. Kos itu banyak persaingan kerana seperti sedia maklum hanya dua universiti
di Malaysia yang menawarkan kos itu iaitu UPM dan UMK. Akhirnya, zaman asasi
saya dah abis. Yeyy!! Alhamdulillah result saya melayakkan saya dan akhirnya
saya diterima sebagai penuntut di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Banyak
persediaan perlu dibuat. Doktor Perubatan Veterinar merupakan kos yang
mempunyai 10 semester bersamaan 5 tahun yang perlu ditempuhi. Hari pertama saya
menjejakkan kaki di Kolej 17. Disebabkan fakulti kami berdekatan dengan K17,
maka memang semua pelajar Veterinar tahun pertama akan menetap di K17. Selain
itu kos lain yang ada di K17 ialah Medec, Biomedic, Nursing, Nutrition,
Dietetik and KPP . semua pelajar kos itu akan berada di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
FPSK. Bertuah jugalah jadi budak Vet ini sebab tidak perlu untuk berkongsi
fakulti hahahah kerana Fakulti Perubatan Veterinar dikhaskan untuk pelajar
Veterinar sahaja hoho tapi jauh jugak la kerana perlu merempuh bukit bukau,
aliran kereta dan lori. Ceh acah je. Tapi fakulti kami memang agak jauh dari
kolej tetapi tidaklah sejauh seperti rakan-rakan yang berada di kolej-kolej
lain kerana mereka perlu mengambil bas untuk ke fakulti mereka.
Orientasi
Klik Video untuk melihat serba sedikit tentang MPP
Seperti biasa apabila kita memulakan
kehidupan di tempat baharu confirm akan ada orientasi. Setiap pelajar baharu
yang mendaftar bagi tahun pertama degree akan melalui Minggu Perkasa Putra atau
lebih dikenali sebagai MPP. Waktu itu ialah waktu dimana para pelajar akan
diperkenalkan kepada UPM. Apa yang ada di UPM, pentadbirannya, lagu UPM, moto,
visi misi semua itulah. Minggu orientasi ni bosan sikit sebab banyak betul talk
kena dengar tau. Tapi waktu inilah masa untuk berjumpa kawan-kawan sebab bila
dah start study nanti susah dah nak jumpa. Serius tau lagi-lagi bila kita duduk
K17 memang terpisah sikit huhu sebab kolej jauh dari kolej-kolej lain. Waktu
MPP tu akan ada pertandingan cheer. Time tu kena all out la kalau boleh sampai
hilang suara.
Selain itu, akan ada satu hari yang UPM bagi
dekat semua pelajar untuk melawat booth-booth persatuan yang akan dibuka di
padang kawad UPM. Padang itu berhampiran dengan Kolej Canselor. Waktu tu
nasihat saya redah je join semua persatuan walaupun tak suka. Sebab apa? Sebab
merit.
Sistem Merit K17
Ha ni nak
habak sikit pasal sistem merit ni. Dulu time sekolah ada juga sistem merit
tetapi kita bukannya ambil kisah sangat kan hahaha. Saya pon macam itu juga.
Apabila sudah menjejakkan kaki ke degree, sistem merit ni penting tau lagi-lagi
untuk orang-orang yang rumahnya jauh macam saya. Sistem merit di UPM digunakan
sebagai indicator to see if you are capable to stay in the college or not and the system is same for
every college but different in the way they run the system. K17 is the college
that follow this system strictly tau. Kalau tak lepas satu syarat memang
bye-bye la jawabnya. Pandai-pandai cari rumah di luar. Kenapa??? Seperti yang
kita tahu, bilangan mahasiswa dan mahasiswi semakin ramai di Malaysia maka
penginapan yang disediakan tidak mencukupi so each student kena compete dengan
each other in the term of merit in other to have a place to stay.
Untung kepada rakan-rakan yang rumah
dekat dan malas nak kutip merit. Merit ini sebenarnya mengganggu jugalah. Sebab
kita kena betul-betul bahagikan masa untuk belajar, buat assignments,
presentation, preparation untuk activity yang kita masuk untuk dapatkan merit
itu lagi. Memang saya tidak tipu memang agak penat ditambah dengan aktiviti
fakulti yang banyak. Dan setiap aktiviti perlukan preparation. Balik kepada
cerita merit. Sistem merit dibahagikan kepada empat iaitu merit kolej, universiti,
fakulti dan persatuan. Yang persatuan tu waktu saya tahun pertama memang susah
betul nak dapat. Di K17, kami perlu mengumpul sekurang-kurangnya 54 merit kolej, 24 merit universiti, 15 merit fakulti dan 12 merit persatuan. Macam itu kot. Saya juga tidak berapa ingat. Kami perlu mengcukupkan setiap
kategori merit itu untuk menjejakkan sebelah kaki ke kolej untuk tahun
berikutnya. Ha tu baru sebelah je. Selepas itu, kena make sure yang merit kolej
tu banyak sebab nak compete dengan orang lain, pihak atasan akan melihat jumlah
merit kolej selepas semua merit dah lengkap. Then, tak cukup lagi tu, ada satu
kem yang wajib penghuni K17 pergi sebagai syarat untuk duduk kolej. Tapi disebabkan
ini Vet Story jadi saya akan banyak bercerita tentang Vet la kan. Tetapi jangan
marah tau kalau saya selit tentang cerita kolej di sini.
Ultra Elite Boost Camp (UEBC)
UEBC ialah kem yang wajib disertai oleh semua
penghuni K17 ketika tahun pertama. Jika tidak mereka tidak dapt untuk stay
kolej untuk tahun berikutnya. Tetapi jika ada halangan, boleh ditunda kepada
tahun hadapan iaitu ketika second year. Tetapi tidak seronok la kerana jika
kita menyertai kem ini di tahun kedua kita akan bersama-sama peserta yang tidak
satu batch dengan kita. UEBC ini diadakan ketikan mid sem break sem 1. Waktu tu
jangan mimpila nak ada cuti. Kem ini dijalankan selama 5 hari jadi kalau nak
cuti sekejap sahaja la. Kem ini memang tak tipu penat tapi tak tipu jugak kem ni
memang best. Waktu ini la kita lebih rapat dengan kawan-kawan di k17, mengenali
rakan-rakan lagi-lagi yang berada di FPSK kerana kita yang berada di Fakulti
Perubatan Veterinar, FPV memang jarang akan terjumpa dengan diorang ni. Jadi
rajin-rajinkanlah sertai program di kolej selain bertujuan untuk mengumpul
merit kita juga dapat berjumpa kawan-kawan. Sambung semula tentang UEBC, kem
ini memang menarik dan saya berasa ingin bercerita tetapi malas pulak nak type.
Kamu semua bolehla bertanya kepada senior-senior tentang kem ini dan kalau
rajin bolehla geledah video-video di Youtube untuk melihat kem ini seperti
mana. Yang penting prepare mental dan fizikal sepenuhnya sebelum menyertai kem
ini.
First day di FPV
klik FPV, UPM untuk mengetahui lebih lagi
Siapa yang tidak berasa nervous kan
bila first day. Perasaan macam baru masuk first day pra-sekolah, tadika, darjah
satu dan paling scary waktu first day form 1 kat SBP dulu sebab tak kenal
siapa-siapa pulak tu. Tetapi sebab dah besar ni takdela rasa takut sangat sebab
bila dah besar makin berani nak interact dengan orang yang kita tidak kenali.
Waktu melangkah masuk fakulti itu
terasa seperti berada di negara luar. Acah betul kan hahaha. Sebab semua orang
dekat situ nak speaking. Honestly, rasa akward juga sebab dari kecil tidak
biasa dikelilingi orang-orang yang speaking sepanjang masa. Lama-kelamaan okey
sahaja. Dah rasa macam di Malaysia balik. Disebabkan ramai foreigner so kita
kenala speaking dan Veterinar ini boleh dikatakan sebagai elite kos. Kita
banyak bekerjasama dengan non-government agencies dan lebih-lebih lagi dengan
agensi luar negara.
Macam biasa, first day lecturer
semua mesti akan cakap ”congratulation. Welcome to FPV.” Dan sewaktu dengannya.
Kenal-kenal dengan kawan baru “hai nama sape?” senang kata basic things bila first
day la. Dan hari first day soalan
famous yang lecturer mesti akan tanya “ are you sure with your decision to be a
vet? If not you can change your course now.” Aippp jangan tersentak tau bila
dengar soalan ini. Lecturer cakap bukan saja-saja sebab kos ni berat tau. Vet
dan Medec lebih kurang Cuma bezanya pesakit kita lain. Dan mental dan fizikal
kena kuat sebab bukan handle haiwan kecil-kecil tapi dari saiz kecil ke saiz
besar kita kena handle. Banyak perkara kita kena tempuh. Kalau rajin bolehla
tanya akak dan abang yang dah final year tu macam mana perjalanan hidup untuk
menjadi seorang Vet. Jadi nasihat saya fikirkan baik-baik pilihan anda ye.
Kenapa? Nak tahu jawapan sama ada anda bersedia ke tidak silalah sambung
membaca cerita saya ini ye.
..................................................................................................................................................Nanti saya sambung bercerita lagi...
Assalam boleh saya contact akak ke sebab nak tanya sikit pasal vet. :)
ReplyDeletesaya pon nk sgt tahu pasal vet ni
DeleteSalam tolong lah lain kali nak guna pic orang lain, mintak kebenaran! Ni mmg memalukan saya padahal gmbr ini saya dh lama delete from fb dan insta so tolong lah, Saya Mohon pihak blogger ini buang pic tersebut. Tolong lah paham perasaan saya. Gambar itu tidak senonoh dan saya dah delete setelah ditegur. Harap Maklum.
ReplyDeleteHai boleh saya tanya? Saya dpt iv untuk course ni di dua2 uni ,umk and upm. Betulka ramai yg cakap kalau saya pergi iv dua2 uni ni, lastly result yg dapat mesti umk jugak sebab student x ramai ,almaklumlah belah2 pantai timur.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh tanya tak belajar pre uni, guna result spm terus masuk upm vet boleh tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum admin, tumpang iklan untuk hebahan..
ReplyDeleteMemandangkan peluang belajar dlm bidang vet di Malaysia sgt terhad, sy buka peluang utk pelajar yg mencari peluang pengajian dlm degree vet yg tidak mendapat tmpt dlm IPTA di Malaysia utk mnyambung pengjian di luar negara.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
.
1. Bangladesh Agriculture University
(Kerjasama kajian & penyelidikan dengan UPM dan UMS - RM57K untuk 5 tahun pengajian)
2. Institut Pertanian Bogor (IPB)
(Universiti ke-147 terbaik Asia - RM97K untuk 4 tahun pengajian)
sebuah University Awam yang diiktiraf MQA & MVC
Free Consultation
Maklumat lanjut :
http://wasap.my/601114799976/BelajarVeterinary
Pendaftaran online :
http://bit.ly/prapendaftaranonline
Facebook: Belajar Medic Dentistry Luar Negara
Hai boleh saya tanya , kalau nak jadi vet ni time sekolah menengah kene ambik aliran sains ke baru boleh ?
ReplyDeletebetmatik
ReplyDeletekralbet
betpark
tipobet
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
mobil ödeme bahis
slot siteleri
DH4CDY
canlı sex hattı
ReplyDeleteheets
https://cfimi.com/
salt likit
salt likit
35B8