Aktivitiiiiisssss ketika sem 1 Vet….
As a first
year student, memang banyak aktiviti yang kita perlu join. Dah immune dengan
ayat “first year wajib tau”. Jangan emo pergi je program itu. Kadang-kadang itu
memang ada perasaan geram mungkin sebab penat tetapi semua itu sekejap sahaja.
Alang-alang tu bolehlah kutip merit sekali.
Banyak aktiviti daripada aktiviti
kolej, fakulti, universiti, persatuan semuanya ada. Kalau aktiviti kolej
contohnya ada Malam Tunas Budaya(MTB), UEBC, explorace, ape ntah lagi. Yang
penting itu adalah antara lubuk untuk mencari merit. Kalau nak cerita satu-satu
boleh patah jari menaip. Saya ingin memohon maaf kerana saya akan bercerita
tentang event di fakulti sahaja. Kalau anda ingin mengetahui cerita lain
bolehlah bertanya kepada senior-senior.
Antara aktiviti-aktiviti besar yang
berjalan di fakulti ialah….
1.
Vet orientation and carrier week
Click Veternak to visit the blog
-
Vet orientation ini dijalankan bagi mengenali senior dan junior yang baru
sahaja mendaftar. FPV bergerak sebagai satu organisasi yang besar dan seperti
keluarga. Kami akan sentiasa bekerjasama. Oleh itu, aktiviti ini sangat
penting. Ketika inilah kita dapat mengenali DVM lain. Pelbagai permainan
dijalankan dan seperti biasa mestilah ada talk kan. Aktiviti ini dilaksanakan
oleh para pelajar DVM2 under Veternak.
Click Vet Orientation for videos
2.
Minggu Penghayatan Islam Veterinar (MPIV)
-
Ini ialah program VIP which is stand for Veterinary Islamic Putra Club . Aktiviti
ini ç¿ dijalankan selama seminggu dan
pada waktu malam dan dihandle oleh DVM2 juga. Minggu ini merupakan minggu emas.
Kenapa? Kerana minggu ini ramai ustaz dijemput untuk bagi talk semua. Time ni
la mana-mana yang tak jelas boleh dijelaskan. Seperti yang kita tahu Veterinar
ini tidak mengenal apa-apa sahaja jenis haiwan. Semua haiwan kita rawat. Jadi
as Muslim kita ada sedikit halangan terhadap certain haiwan iaitu anjing dan
khinzir. Tetapi sebagai Muslim kita juga mengetahui bahawa walaupun haiwan itu
najis besar tetapi kita dibenarkan untuk memegang dengan tujuan belajar dan
merawat. Walaupun dibenarkan, mereka itu tetap najis tetapi tiada halangan
kerana Islam telah mengajar akan cara untuk menyucikannya iaitu dengan meyertu
so tiada hal la. Kini semakin mudah untuk menyertu kerana sudah ada sabun yang
memudahkan yang dikenali sebagai sabun taharah. Sabun ini mudah untuk didapati.
Program ini sangatlah bagus. Rakan-rakan daripada FPSK dan mana-mana fakulti
juga dialu-alukan untuk hadir kerana disamping pengisiannya yang sangat menarik
terdapat juga merit fakulti yang disediakan horrayyyy!!
Follow MPIV FACEBOOK for more info
3.
Vet Dinner
-
Vet Dinner ialah annual dinner yang dihandle oleh DVM2. Vet Dinner tidak
memaksa sesiapa untuk join dan semua daripada DVM1-DVM5 dialu-alukan untuk
join. Tetapi seperti yang kita tahu dinner mestilah kena bayar and apabila sudah
meningkat year macam biasa pokai, poket kering. So yang ramai memang DVM1 and
DVM2 la. Saya nasihat joinlah sebab percayalah bila meningkat tahun nanti
memang taklah korang nak join. Baik duduk bilik study. Makanan sedap-sedap dan
ada persembahan yang best-best. Tak rugi tau join. At least you will have the
precious memories.
4.
Vet camp
-
Vet camp ialah kem yang dijalankan untuk
para pelajar DVM1. Kem ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara
batch dan lebih mengenali rakan-rakan. Kem ini dijalankan oleh DVM2. Pelbagai
aktiviti yang dijalankan sepanjang kem. Untuk mengetahui lebih lagi bolehlah
merujuk ke Youtube atau Instagram mana-mana senior DVM. Mesti ada punya. Antara
aktiviti yang setiap tahun mesti ada ialah macam biasalah games. Saya nak
bercerita detail tetapi nanti terkantoi pulak siapa saya. Tetapi ada satu
aktiviti yang merupakan turun temurun iaitu “morning dance”. Time tu DVM1 akan
dikejutkan dan perlu menghafal lagu dan belajar tarian dalam masa yang
ditetapkan. Penat memanglah penat. Kena marah lagi tapi yang penting sebenarnya
diorang nak sampaikan mesej daripada aktiviti itu. Nak tahu apa? Ikut sendirilah
kem tu huhu maaf tak boleh nak share nanti tak bestlah kalau dah tahu. Anda
kenalah join sendiri kem ini.
Tetapi yang penting kem ini seronok
la. Lupa pulak nak habaq kem ini dijalankan ketika minggu pertama cuti semester
1. Tak lama pon hanya 3 hari sahaja. Tak tipu memang best. Tidak sepenat UEBC
la kem ni. Enjoy je.
Yang
diatas itu hanyalah antara events besar and ada banyak lagi tau aktiviti kena
join contohnya seperti Minggu Veternak, talk dari TNC, paling banyak talk
sampai saya tidak ingat ada berapa banyak talk perlu didengar. Agak pack la
jadual. Enjoy je.
The best casinos in Las Vegas 2020 | DRMCD
ReplyDeleteBest casino in Las Vegas 2020 경주 출장샵 This casino 출장샵 in Vegas has been built and 영천 출장샵 built 광주광역 출장안마 by a few Las Vegas gamblers and has an incredible gaming 제주도 출장샵 space.